Sunday, January 30, 2011

Ayam masak lemak cili api

30January2011- KL hujan sepanjang hari. 
So, berhibernasi la jawapnya, nak keluar makan pon malas!
Maka,
Dengan kemahiran yang xseberapa, aku telah masak something untuk melayan kerenah perut yang xreti nak kosong nh. Oke, resipe mudah, senang dan cepat untuk disediakan--Ayam masak lemak cili api.

Oleh kerana, ini bukan kampung yang senang untuk mencari bahan2 mentah merata2, maka, ala-kadarlah jawapnya! :)

Ini dia RESIPE tangkap muat AMLCA aku!
1 labu bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
15-20 biji cili api.
1 biji kentang
Santan.
Ayam pelbagai bahagian. :)

Mula2, kita blend bawang merah, bawang putih, halia, ngan cili tuh. Lepas tuh, panaskan minyak, dan tumis benda yang kita dah blend tadi. Agak2 dah naek bau, uols masukkanlah ayam, gaul2 sekali, letak santan sikit. Oke, kira dah sebati, masukkan la santan yang selebihnya dan diikuti dengan kentang dan garam secukup rasa. Sila jangan tinggal masakan ini sehingga sempurna tau, sebab takot santan tuh pecah minyak (tatau the appropriate term, ought to be this kot!) . Then, tarrraaa, dah siap. It was so simple right.

"Asalkan perut anda tidak meradang lepas makan, anda dah lakukannya dengan cara yang betul!"

That's it!


Dadaaaa~



No comments:

Post a Comment