Thursday, June 30, 2011

Cameron Highlands 2

Dah macam pergi berhari-hari kan, story pasal Cameron Highlands pon sampai nak 2 pages walhal pergi tak sampai 24jam pon. Make it short please. Okay, aku sambung la semula. Masa kat Raju farm, sebenarnya kita bole petik sendiri strawberi kat farm dia, unfortunately, time aku pergi, dia belum berbuah pon. Ahaaii..kempunan den! Journey continued to BOH plantation at Sungei Palas.

Jalan nak ke BOH plantation hell horror weh. Gua bukan nak gebang, tapi ini adalah realiti. Cuak kan? Al-sebenarnya, jalan nak pergi sana tidak lah horror mana pon, cume kecil muat satu kereta pada satu-satu masa lah. Kena cekap, kena ber-skill, kena alert, kena cun! Sebab apa? sebab kalau selisih dengan lelaki macho kan ke rezeki, boleh pura-pura calar kereta dia, then amek nombor phone. its easy man. Nonsense! Okay, back to the point, naseb lah kereta kami ini automatik dan pemanduan si kacak-Mr.Hafizzul sehebat Toretto engkau! So, tak perlu aku buat muka cuak setiap masa. Memang cerun, ngeri oi ingat balik jalan ke sana. Tapi, kekdahnya setiap kesusahan ada terselit hikmah disebaliknya. Aku akhirnya dapat enam air kotak free dari si kacak-Mr.Hafizzul. Ait hikmah ke tuh? Bagi aku hikmah, bluekkk :P . To add the point, tuhan bagi aku pemandangan yang cukup indah. MasyaAllah. It was great dude. Apparently, masa kat BOH plantation, bukan je ada plantation dia, kiteorang dapat jugak tengok bagaimana teh dihasilkan from commence until end. This is best bro. Membeli sedikit buah tangan adalah satu kemestian okay, Teh berperisa Strawbwry-Rasberry jadi pilihan. Lepas tu, kiteorang pon turun untuk teruskan perjalanan. MARDI O PASAR MALAM?

Sebelum itu, aku recommend korang pergi ke Pasar siang, dekat dengan Kea Farm. sayur-sayuran kat sana sangat murah. Sampai boleh dapat RM10 untuk sembilan-sepuluh jenis sayur. Ha, makan sayur je la lepas balik dari Cameron. Kulit pon sihat. kan? Kat pasar ini juga, ada jual jagung manis, tak payah pon nak rebus-rebus macam biasa kita buat, senang tanggal kulit terus makan engkau. sedap tarra tipu punya. 

MARDI O PASAR MALAM?
We have decided to go to Pasar Malam. FYI, Pasar malam area Berinchang ni buka pada Sabtu malam Ahad. Oleh itu, kalau korang nak beli bantal ke sayur ke wahima madu lebah murah, uolls boleh la beli kat sini, sebab mengikut sumber memang kat sini harga dia boleh tahan la. Maybe kalau korang tanam tebu kat pinggir bibir, boleh kot nego. It depends. Aku cuma beli baju ada tulis Cameron Highlands untuk anak buah aku, ada gambar strawberi besar, aku pulak teruja ntah-ntah budak tuh just take a glance kat baju tu. hoho. What ever is, baju tu untuk engkau, pakai je lah, jangan banyak cakap Okay! . Unfortunately sekali lagi, time kami kat pasar malam- it was raining cats and dog. Gila ah, susah kot nak jalan. Mood pon tade, so kembali ke kereta. Beli baju dan madu RM2. okay la kan something better than nothing. 

MARDI-Tanah rata. Tade jauh mana pon dari Berinchang sekitar 6-7km. Sesampai je dekat Mardi, jam pon dah 10minutes after 5pm. Terang-terang kat pintu tu tulis buka sampai pukul 5, tapi, hati kecil aku meronta-ronta untuk bertanya. Maka, dengan selamba kodok aku masuk, nak tanye konon, pastuh pakcik tuh siap sound "kan tulis kat pagar depan sampai pukul 5.Datang esok je" . Gua hangen la, rasa nak tumbuk je pakcik tuh. Perlu ke aku Print color ijazah aku dan tunjuk student card master student aku kat dia sambil berkata: " Pakcik yang dihormati, saya tahu membaca, tetapi saya hanya mahu bertanya, apakah things-to-do and things-to-buy kat dalam Mardi ini?".. Tapi pakcik tuh buat dek je, sebab ape? sebab aku cakap dalam hati jer. :) Ishhh, geram aku di layan macam kanak-kanak abnormal. Pakgard kat depan pon tade, cane nak tanye. Aku geram dengan engkau pakcik. Please la, terapkan yang muda disayangi yang tua dihormati. Is it easy yes? Haa kan dah emo.

Okay, selepas tragedi buruk di Mardi, kiteorang pon decide melangkah pergi dari Tanah Rata, sign board Tapah pon mudah didapati di mana sahaja. On the way back, kiteorang singgah jap kat Bharat plantation, sekali lagi, the previous one for breakfast and now evening tea. Ada juga usha harga teh Bharat kat sini, the price still the same as in previous shop. Lagi pon kiteorg dah beli teh pelbagai rasa dekat pasar sebelah Hotel tuh, no need dah kot. Enough, pembaziran amalan syaitan ye kawan-kawan.

Pulang ke KualaLumpur melalui Tapah. I would like to mention here, jalan ke Tapah sangat la berliku-liku tidak ubah seperti Bukit putus Nogori. Thus, pay more attention semasa memandu ya. Dalam perjalanan, boleh nampak sekawan orang asli menjual petai, nira, rebung dan sekutu dengannya. Boleh singgah beli. Time aku pergi [25June2011], mungkin masa tidak sesuai, strawberi tidak musim, hujan, sampai petai pon tade musim sampai harge boleh cecah RM10 seikat. Ohoi, kena mandi bunga ke ape ntah, as for me, tidak kena masa la tuh kot. right? Uols boleh try bulan lain kot lagi meriah sape tahu kan. Good luck then and have a try!

 Nah, buah tangan dari aku.


That's it!




No comments:

Post a Comment