Sunday, July 10, 2011

Tabung Haji

" Emak suruh masuk duit dalam Tabung Haji dia. Duh! Tabung Haji macam seram je dengar, fobia kot stranded berejam kat kaunter TH arituh berikutan banyaknye penyimpan tegar mereka yang tidak putus-putus nak masukkan duit. Ohooo, suci sungguh niat mereka". (tunduk ke bumi sebab aku sendiri belum lagi daftar pergi Haji).
Susah kan duduk KL, memang banyak kemudahan tapi nak ke sana banyak betul halangan. Kereta lagi, jalan jem lagi, parking lagi. Berbeza gila time aku duduk Perlis dulu, everything boleh didapati di pekan Kangaq. segala jenis bank, segala jenis shopping complex segalanya lah di sana. Caya kan? Terasa lagi baik di pekan koboi itu dari di kuala Lumpur. Manusia pon tak berapa nak ramai, pendek kata boleh wat transaction dalam 2 minit je. Hiperbola gila ahaa.

Okay, back to the point, dulu aku pernah tersadai 4 jam sambil menunggu angka giliran tiba kat TH area U-than tuh. Empat jam engkau!

 Source: Google image by Tmoj

Dekat sini memang hell busy. Aku tatau bila umat manusia tade kat sini. Public holiday je kot. Aku duduk kat Bandar Sunway takkan lah nak ke sana dah la jaoh. Google punya google, ada satu kat area Damansara uptown. So, I take a glance on the map. Google map la apa lagi, hope it can keep linger in my mind. Berbekalkan dengan itu, aku pon start enjin kereta. Vrommm..

 Pelan ke TH Uptown Damansara. easy man!

Haha. easy engkau! Frankly speaking, aku sesat sampai ke One Utama. More severe, sampai Kg Sungai Penchala. Okay, punya taksub tengok signboard benda dekat jadi jauh. Aku cari susur keluar ke SS21/56 tak jumpa-jumpa. Aiyaaa mati loh dahla banyak kereta. Fuhhhhh... 

Demi niat suci nak masukkan duit mak dalam TH, tuhan pon celikkan mata hati. Then OTW balik ke Bandar Sunway, aku U-turn balik, jumpa KDU, nampak BHpetrol, masuk kiri. jalan punya jalan akhirnya jumpa juga roundabout seperti yang di-mention oleh En.Google.

                           
At the roundabout, take the 1st exit onto Jalan SS 21/1

63 m
Slight left toward Jalan SS 21/1a

25 m
Turn right onto Jalan SS 21/1a

110 m
Take the 1st left toward Jalan SS 21/39

71 m
Turn left onto Jalan SS 21/39

Haaa... sampai pon. Nak cari parking luar memang susah la. So, aku parking dalam Tabung Haji. RM2.50 for the first hour. Okay sampai kat kaunter, lengang oi! Ada 2 3 orang je. Gembira tak terhingga sebab transaction tak sampai pon 5 minit . Parking free! yuhuuuu. best best lepas ni, memang ke sini je la.

 
Bangunan Tabung Haji, Damansara Uptown 3, No.3 , Jalan SS 21/39 47400 PETALING JAYA.

Kadang-kadang gerak hati lagi baik dari GPS. SEKIAN.

That's it.

Thursday, July 7, 2011

Double Cheeseburger McDonald's

Hey peeps, listen here!
McDonald's provides buy-one-free-one Double Cheeseburger coupon haa.

Ini contoh kupon dia. Perrrriinnnttt cepat! 


Valid from 11am to 12midnight. 11-13 Jul 2011. Okeh, jangan tersilap. McD banyak kali bagi buy-one-free-one coupon camni kan? Arituh McChicken,   sampai 5 kali aku print kau punya taksub.Siap sedekah sape nak. Makan sampai nak muntah, boleh kata dah serik la makan McD untuk minggu tersebut. Oppss, bukan aku makan sekaligus, dah tahap AlamFlora la tuh. Tapi, sebenarnya dalam tidak sedar, harga time lunch lagi murah siap satu set. Available coupon ini cuma untuk ala-carte je. Tapi memandangkan ianya free satu, kita pon jakun! Ape pon McDonalds sedap.  




This is link to get your official coupon:


Haaa, itu cerita minggu depan. Advance pulak!


Another breaking news!
Starting tomorrow, 8th July 2011,GCB will be available on McValue Lunch@9.95 from 12noon-3pm. Yeay, siapa yang dah beli time bukan lunch kan ke dah rugi RM2. haha saje nak provoke. Ape pon jom kita bantai makan GCB esok. Renyuk goncang makan.. Eh silap iklan daaaa.. Don't miss to get Smooky BBQ McShaker!

That's it!

Thursday, June 30, 2011

Cameron Highlands 2

Dah macam pergi berhari-hari kan, story pasal Cameron Highlands pon sampai nak 2 pages walhal pergi tak sampai 24jam pon. Make it short please. Okay, aku sambung la semula. Masa kat Raju farm, sebenarnya kita bole petik sendiri strawberi kat farm dia, unfortunately, time aku pergi, dia belum berbuah pon. Ahaaii..kempunan den! Journey continued to BOH plantation at Sungei Palas.

Jalan nak ke BOH plantation hell horror weh. Gua bukan nak gebang, tapi ini adalah realiti. Cuak kan? Al-sebenarnya, jalan nak pergi sana tidak lah horror mana pon, cume kecil muat satu kereta pada satu-satu masa lah. Kena cekap, kena ber-skill, kena alert, kena cun! Sebab apa? sebab kalau selisih dengan lelaki macho kan ke rezeki, boleh pura-pura calar kereta dia, then amek nombor phone. its easy man. Nonsense! Okay, back to the point, naseb lah kereta kami ini automatik dan pemanduan si kacak-Mr.Hafizzul sehebat Toretto engkau! So, tak perlu aku buat muka cuak setiap masa. Memang cerun, ngeri oi ingat balik jalan ke sana. Tapi, kekdahnya setiap kesusahan ada terselit hikmah disebaliknya. Aku akhirnya dapat enam air kotak free dari si kacak-Mr.Hafizzul. Ait hikmah ke tuh? Bagi aku hikmah, bluekkk :P . To add the point, tuhan bagi aku pemandangan yang cukup indah. MasyaAllah. It was great dude. Apparently, masa kat BOH plantation, bukan je ada plantation dia, kiteorang dapat jugak tengok bagaimana teh dihasilkan from commence until end. This is best bro. Membeli sedikit buah tangan adalah satu kemestian okay, Teh berperisa Strawbwry-Rasberry jadi pilihan. Lepas tu, kiteorang pon turun untuk teruskan perjalanan. MARDI O PASAR MALAM?

Sebelum itu, aku recommend korang pergi ke Pasar siang, dekat dengan Kea Farm. sayur-sayuran kat sana sangat murah. Sampai boleh dapat RM10 untuk sembilan-sepuluh jenis sayur. Ha, makan sayur je la lepas balik dari Cameron. Kulit pon sihat. kan? Kat pasar ini juga, ada jual jagung manis, tak payah pon nak rebus-rebus macam biasa kita buat, senang tanggal kulit terus makan engkau. sedap tarra tipu punya. 

MARDI O PASAR MALAM?
We have decided to go to Pasar Malam. FYI, Pasar malam area Berinchang ni buka pada Sabtu malam Ahad. Oleh itu, kalau korang nak beli bantal ke sayur ke wahima madu lebah murah, uolls boleh la beli kat sini, sebab mengikut sumber memang kat sini harga dia boleh tahan la. Maybe kalau korang tanam tebu kat pinggir bibir, boleh kot nego. It depends. Aku cuma beli baju ada tulis Cameron Highlands untuk anak buah aku, ada gambar strawberi besar, aku pulak teruja ntah-ntah budak tuh just take a glance kat baju tu. hoho. What ever is, baju tu untuk engkau, pakai je lah, jangan banyak cakap Okay! . Unfortunately sekali lagi, time kami kat pasar malam- it was raining cats and dog. Gila ah, susah kot nak jalan. Mood pon tade, so kembali ke kereta. Beli baju dan madu RM2. okay la kan something better than nothing. 

MARDI-Tanah rata. Tade jauh mana pon dari Berinchang sekitar 6-7km. Sesampai je dekat Mardi, jam pon dah 10minutes after 5pm. Terang-terang kat pintu tu tulis buka sampai pukul 5, tapi, hati kecil aku meronta-ronta untuk bertanya. Maka, dengan selamba kodok aku masuk, nak tanye konon, pastuh pakcik tuh siap sound "kan tulis kat pagar depan sampai pukul 5.Datang esok je" . Gua hangen la, rasa nak tumbuk je pakcik tuh. Perlu ke aku Print color ijazah aku dan tunjuk student card master student aku kat dia sambil berkata: " Pakcik yang dihormati, saya tahu membaca, tetapi saya hanya mahu bertanya, apakah things-to-do and things-to-buy kat dalam Mardi ini?".. Tapi pakcik tuh buat dek je, sebab ape? sebab aku cakap dalam hati jer. :) Ishhh, geram aku di layan macam kanak-kanak abnormal. Pakgard kat depan pon tade, cane nak tanye. Aku geram dengan engkau pakcik. Please la, terapkan yang muda disayangi yang tua dihormati. Is it easy yes? Haa kan dah emo.

Okay, selepas tragedi buruk di Mardi, kiteorang pon decide melangkah pergi dari Tanah Rata, sign board Tapah pon mudah didapati di mana sahaja. On the way back, kiteorang singgah jap kat Bharat plantation, sekali lagi, the previous one for breakfast and now evening tea. Ada juga usha harga teh Bharat kat sini, the price still the same as in previous shop. Lagi pon kiteorg dah beli teh pelbagai rasa dekat pasar sebelah Hotel tuh, no need dah kot. Enough, pembaziran amalan syaitan ye kawan-kawan.

Pulang ke KualaLumpur melalui Tapah. I would like to mention here, jalan ke Tapah sangat la berliku-liku tidak ubah seperti Bukit putus Nogori. Thus, pay more attention semasa memandu ya. Dalam perjalanan, boleh nampak sekawan orang asli menjual petai, nira, rebung dan sekutu dengannya. Boleh singgah beli. Time aku pergi [25June2011], mungkin masa tidak sesuai, strawberi tidak musim, hujan, sampai petai pon tade musim sampai harge boleh cecah RM10 seikat. Ohoi, kena mandi bunga ke ape ntah, as for me, tidak kena masa la tuh kot. right? Uols boleh try bulan lain kot lagi meriah sape tahu kan. Good luck then and have a try!

 Nah, buah tangan dari aku.


That's it!




Tuesday, June 28, 2011

Cameron Highlands

GAJI. ohoo. memang syok kalau dapat gaji kan. Macam-macam dalam rancangan:
Shopping [/]
Melancong [/]
Bayar kereta [/]
Makan [/]
Hang out [/]
Cinema [/]
dan
BERSEDEKAH [opssss...]

Ahaa..kan kantoi. Okay! cerita pasal gaji, aku dah rancang hujung minggu untuk berjalan menghirup angin dingin di tanah tinggi sambil makan strawberi ranum lagi manis. ewwaaah! So, aku pon Google, check la katne boleh dapat semua tuh. Of course la kat Cameron Highland!. Dengan itu, aku dan si kacak -Mr.Hafizzul were decided untuk ke sana

TAPAH O SIMPANG PULAI.?
Dari KL, basically ada dua jalan utama untuk ke Cameron Highlands. Tapah dan Simpang pulai (the rest I'm not sure!). Kami memilih untuk masuk Simpang pulai! Sampai di sana dalam jam 9 pagi [25June2011], memang sejuk sangat. Dalam perjalanan nampak lah orang-orang asli dok tunggu air bukit memenuhi botol plastik mereka. Sangat old-school yes? 

DESTINASI ke DESTINASI.
Pengembaraan bermula di satu pekan, I'm not sure nama pekan tuh, nearby Blue Valley I guess. Dalam perjalanan ke Rose Valley, ada ternampak Uncle India jual sayur, siap tulis JUAL MURAH! . Ahaa, sebagai pembeli yang noob, kami pon turun beli - semua jenis sayur ada, termasuk lah tomato kecil. Frankly speaking, tomato itu sedap, maksud aku boleh dimakan begitu saja. Tatau la ianya hanya psychology  ke ape kan. Gua ratah tomato mentah bhaai. 

At first singgah jap kat Bharat Plantation. Teh pelbagai rasa ada dijual kat sana, cafeteria pon ada. Aku try teh coklat, sounds good kan ahaa. Tentatively, lepas breakfast kami kena ke Rose Valley. Tiba di Rose Valley dalam jam 10pagi. yelah, berhenti sana berhenti sini. Siti situ sana sini, jakun oi! Angin sepoi-sepoi bahasa sangat mengujakan. Nak masuk Rose Valley kena bayar RM4 per person, mana ada benda free kan. Dalam tuh, memang banyak sangat bunga-bunga, Kaktus pon ada. Tempat dia agak berbukit la, penat boleh semput, so prepare yourself ya. Snap! memang best tangkap gambo kat sana. cam comel je rasa diri dikelilingi bunga bewarna warni. Ohoooo, dah macam watak dalam fairy tale story je. Just to share, nak beli keychin murah, kat sini la tempat dia. Harga serendah 60sen tau. Kalau bantal-bantal strawbwreri, elok beli kat Pasar Malam.


 Macam kat Shenzen, China. Perasan!

Si kacak-Mr.Hafizzul disebalik bunga.

Journey continued to Raju Farm. Cuba teka, apa ada sana. Of course la farm right? Okay, memang betul ada farm, to be more precise, Strawberry farm oi! Tapi, the main attractive was ice-cream. Best sampai takboleh nak cakap. Menang syok sedap tak ingat. Please try, highly recommended tau. 

Nampak sedap kan. Uolls boleh cuba.

...Continue to Cameron Highlands 2...



  



Monday, February 7, 2011

150 juta kali.

Baru-baru nh aku ade dengar lagu, first dengar xberapa best, sebab suara dak perempuan tudung labuh tuh xberapa nak kuat, then xberapa nak dengar la setiap bait-bait kata yang dilontarkan tuh. Hmmm.. then, baru tahu lagu tuh sebenarnya lagu Fynn Jamal--150 juta kali.

 The Lyrics!
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?"
"apa kau buta?apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"tapi dia nangis tonton cerita korea"
"dia mungkin keras bila bersuara"
"tapi dia jelas jujur apa adanya"

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku mungkin ada tidak serasi"
"kau sangat manis,aku ini pula dawai besi"

Di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat padaku, jujurkan saja
terus kau cubit daguku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"tapi sayang tahan kalau salahnya saya"
"sayang mungkin saja keras kepala"
"tapi sayang manja bila kita berdua"

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tidak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua

Just Google up, U'll found it, simple lyrics yet nice! 
That's it.

Sunday, January 30, 2011

Ayam masak lemak cili api

30January2011- KL hujan sepanjang hari. 
So, berhibernasi la jawapnya, nak keluar makan pon malas!
Maka,
Dengan kemahiran yang xseberapa, aku telah masak something untuk melayan kerenah perut yang xreti nak kosong nh. Oke, resipe mudah, senang dan cepat untuk disediakan--Ayam masak lemak cili api.

Oleh kerana, ini bukan kampung yang senang untuk mencari bahan2 mentah merata2, maka, ala-kadarlah jawapnya! :)

Ini dia RESIPE tangkap muat AMLCA aku!
1 labu bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
15-20 biji cili api.
1 biji kentang
Santan.
Ayam pelbagai bahagian. :)

Mula2, kita blend bawang merah, bawang putih, halia, ngan cili tuh. Lepas tuh, panaskan minyak, dan tumis benda yang kita dah blend tadi. Agak2 dah naek bau, uols masukkanlah ayam, gaul2 sekali, letak santan sikit. Oke, kira dah sebati, masukkan la santan yang selebihnya dan diikuti dengan kentang dan garam secukup rasa. Sila jangan tinggal masakan ini sehingga sempurna tau, sebab takot santan tuh pecah minyak (tatau the appropriate term, ought to be this kot!) . Then, tarrraaa, dah siap. It was so simple right.

"Asalkan perut anda tidak meradang lepas makan, anda dah lakukannya dengan cara yang betul!"

That's it!


Dadaaaa~



Thursday, January 27, 2011

Satay Station

Satay! Cakap pasal satay, mesti ramai yang terus ingat satay Kajang, walau kat kampung sendiri pon ada satay kan. Oke, nak habaq mai, tadi baru jer pergi kedai satay membe masa ngaji kat Universiti dulu, dia buka cawangan baru. Wah, best betol muda2 dah jadi tauke. 

Satay Station.
Nama kedai dia, Satay Station, memang nampak macam restoren mahai, macam Paparich pon ada,  ramai orang. Mula2, kami ambil 20 cucuk satay; 10 ayam dan 10 daging. Lama jugak tunggu, yela, baru 1st day, memang kelam kabut semalam, maybe pasni dah oke kot. Petang tadi (4-6pm)sebenarnya ada 'open ceremony', mmg banyak gile orang mai, xsalah satay 15000 cucuk pon habis. Oke2, sambung balik pasal 20 cucuk satay yang telah di-order tadi, kami ingat xcukup, baru nak tambah. hahaha. Sekali...tudia aih, besaq btoi! memang berejam la nak habiskan satay tuh.Memang puas hati. Dahla besaq, banyak rempah, pendek kata, cukup rasa la. Harga dijual xla mahal pon, sekitar semilan posen jer satu cucuk.

Terima Kasih.
Kan awal2 tadi, aku ada habaq, ini kedai member aku, memang langkah kanan btoi la malam nh, patot mata kanan aku kedip2, rupanya ada orang nak bagi makan satay free. Wah, heaven! Thanks Aiman, harap2 bisnes ang berjaya, dan aku akan jadi pelanggan tetap, sebab aku gile suka makan satay. Dah xpayah pergi Kajang jaoh2.


Kepada sesiapa nak try satay yang super sedap ini, nah amek peta siap alamat lagi, kalo takot sesat, mai naek helikopter. :)

Kat area Bandar Permaisuri, Cheras tau.


Selamat Mencuba!

That's it.